KELAS USAHAWAN (SHOPEE)

Aktiviti terkini |17 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk memulakan perniagaan di shopee seperti cara untuk memasukkan produk dan cara untuk mencetak waybill shopee jika ada pelanggan yang sudah membuat pesanan.
• Memperkenalkan Pusat Internet sebagai platform atau landasan bagi komuniti mempelajari tentang perniagaan atas talian serta mendapatkan sokongan dan bantuan dalam memajukan diri dalam bidang keusahawanan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas bermula pada jam 10 pagi sebaik sahaja kedua-dua peserta tiba di PIK Kg Fikri.
• Staf memberi sedkit pengenalan berkenaan perniagaan atas talian dan diteruskan dengan cara untuk mendaftar akaun Shopee.
• Seterusnya, peserta mula belajar cara untuk memasukkan produk mereka ke dalam shopee dan staf memberi penerangan tentang cara untuk melengkapkan pesanan pelanggan.
• Kelas tamat jam 3 petang dengan peserta berjaya memasukkan kesemua produk mereka ke dalam akaun shopee.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguar-uarkan mengenai penubuhan Pusat Internet dan perkhidmatan serta fasiliti yang disediakan.
• Peserta dapat mempelajari ilmu yang baru berkenaan perniagaan atas talian serta dapat memajukan perniagaan mereka.
• Menarik minat peserta untuk menjadi ahli Pusat Internet dan meningkatkan jumlah pengunjung yang hadir ke Pusat Internet.
• Merupakan salah satu cara bagi mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet dan komuniti setempat melalui program yang diadakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :