MEMBUAT KAD RAYA DIGITAL MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini |24 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah berkolaborasi dengan pihak Sk Kg Fikri untuk mengadakan program membuat kad raya menggunakan Aplikasi Canva.
• Program ini bermula seawal jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari.
• Program ini disertai oleh semua murid tahap 2 iaitu daripada tahun 4 sehingga tahun 6.
• Seramai 55 orang murid telah menyertai program ini dan dipantau oleh beberapa orang guru dari Sk Kg Fikri.
• Dalam program ini, staf telah memberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat kad raya menggunakan aplikasi Canva.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan aplikasi Canva kepada murid-murid untuk mereka mengetahui banyak kemudahan yang disediakan di aplikasi tersebut.
• Menguji kreativiti murid-murid dalam menghasilkan kad raya digital yang unik dan kreatif.
• Mengeratkan hubungan antara staf PEDi dengan pihak sekolah serta murid-murid Sk Kg Fikri.
• Sebagai pengganti kad raya versi fizikal yang sudah semakin dilupakan
• Menggalakkan keahlian baru daripada kalangan murid-murid yang bukan ahli.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.45 dengan kehadiran murid-murid tahap 2 ke PEDi Kg Fikri.
• Program dimulakan dengan staf memberikan penerangan ringkas tentang aplikasi Canva ini memandangkan hampir semua murid tidak tahu berkenaan aplikasi ini.
• Seterusnya, murid diberikan komputer masing-masing dan mula menghasilkan kad raya digital mengikut kreativiti masing-masing.
• Masa yang diberikan setiap orang hanya 30 minit memandangkan di PEDi Kg Fikri hanya ada 18 komputer yang boleh digunakan.
• Program tamat pada jam 12.45 tengahari.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada pihak sekolah untuk mengadakan program serta menggunakan kemudahan yang ada di sini.
• Memperkenalkan dunia teknologi kepada murid-murid yang mana hanya melalui internet, sudah boleh menghasilkan kad raya sendiri.
• Menguji kreativiti murid-murid dalam menghasilkan kad raya digital serta memupuk sifat berdaya saing dalam kalangan mereka.
• Menjimatkan masa dan wang untuk menghantar kad raya kepada keluarga dan sahabat handai.
• Merapatkan hubungan antara staf PEDi dan pihak sekolah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :