MENCIPTA ORIGAMI KREATIF

Aktiviti terkini |23 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Peserta dikehendaki menghasilkan origami melalui tutorial di dalam youtube. • Alatan untuk membuat origami disediakan oleh staf. • Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri.
• Menguji kreativiti peserta dalam menghasilkan origami yang kreatif berpandukan tutorial di youtube.
• Memberi pendedahan kepada peserta bahawa banyak ‘channel’ yang bersifat pembelajaran di youtube yang boleh mereka ikuti dan pelajari.
• Memupuk sifat tolong menolong di kalangan peserta di mana ada juga peserta yang agak terkial-kial dalam menyiapkan origami beliau dan rakan-rakan ada yang ringan tangan menolong.
• Memenuhi masa senggang peserta pada hujung minggu dengan mengikuti aktiviti bermanfaat yang diadakan di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula jam 3.00 petang dengan peserta dikehendaki mendaftar nama mereka terlebih dahulu.
• Kemudian peserta diberikan penerangan akan aktiviti tersebut. Alatan untuk membuat origami disediakan oleh staf PEDi.
• Peserta dikehendaki mencari tutorial membuat origami terlebih dahulu di youtube dan mereka dikehendaki meniru origami tersebut.
• Ramai dikalangan peserta yang “tangan berseni” dan ada juga yang agak terkial-kial. Namun semangat untuk menghasilkan origami itu sambil dibantu rakan-rakan lain sangat lah dipuji.
• Program selesai jam 4.30 petang.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguji kemahiran dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan origami yang kreatif.
• Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Mereka dapat mengetahui lebih banyak channel pembelajaran di youtube.
• Memenuhi waktu lapang peserta pada hari minggu.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf dengan para peserta yang mengambil bahagian.


Nama VIP :
• MDEC, SSM, AIM, INSKEN, SHOPEE


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :