KURSUS PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti terkini |13 & 14 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Hotel Seri Malaysia Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Setelah setahun lebih MCMC tidak dapat mengadakan kursus bersama staf PEDi akibat pandemik yang melanda, maka pada 13 & 14 Jun baru-baru ini, MCMC telah menganjurkan program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang melibatkan 66 buah PEDi di seluruh negeri Terengganu.
• Kursus berlangsung selama 2 hari dan bertempat di Hotel Seri Malaysia.
• Kursus ini lebih menumpukan kepada program usahawan yang perlu dijalankan oleh staf dan juga sedikit pencerahan berkenaan KPI terkini PEDi.

Tujuan Aktiviti :
• Melengkapkan kursus tahunan MCMC bersama staf PEDi
• Membincangkan tentang KPI terkini PEDi
• Memberikan pencerahan berkenaan penjenamaan semula nama pusat internet kepada PEDi
• Memberikan pencerahan berkenaan program-program berkaitan usahawan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kursus berlangsung selama 2 hari iaitu pada 13 & 14 Jun 2022.
• Pendaftaran staf dilakukan pada hari pertama, jam 8.30 pagi di dewan Delima. Seramai 66 orang staf daripada 66 buah PEDi menghadiri kursus tersebut.
• Terdapat 9 sesi dijalankan sepanjang 2 hari kursus. Antara sesi tersebut ialah taklimat transformasi dan hala tuju PEDi, taklimat pengukuhan e-dagang, inisiatif memperkasa usahawan, Ezbiz, Amanah Ikhtiar Malaysia, INSKEN, Shopee & penyelarasan KPI PEDi.
• Kursus berakhir pada pukul 11.00 pagi, 14 Jun 2022.


Kelebihan Aktiviti :
• Staf mendapat pencerahan yang lebih baik berkenaan KPI dan hala tuju PEDi.
• Dapat bersoal jawab dengan pegawai yang datang memberi taklimat terutama nya berkenaan usahawan.
• Staf yang baru dan lama dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman serta ilmu pengetahuan berkenaan PEDi masing-masing.


Nama VIP :
• MDEC, SSM, AIM, INSKEN, SHOPEE


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :