HARI BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti terkini |22 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Pada bulan ini pedi kg fikri telah mengadakan program hari bersama suruhanjaya syarikat malaysia (ssm) di pedi kg fikri sebagai program bulanan bagi bulan mac.
• Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program yang kali pertama dianjurkan oleh pedi kg fikri dengan kerjasama pihak ssm kuala terengganu ini merupakan sebuah program yang melibatkan perkhidmatan pasukan kaunter bergerak ssm.
• Seramai 3 orang staf dari pasukan kaunter bergerak ssm telah terlibat sepanjang program ini berlangsung.
• Dalam program ini pasukan kaunter bergerak ssm telah membuka kaunter di pedi kg fikri bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan ssm kepada komuniti setempat terutama golongan usahawan.
• Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan pada setiap bulan oleh PEDi.
• Memberi kemudahan kepada golongan usahawan terutamanya untuk menggunakan servis SSM tanpa perlu pergi ke bandar yang mana jaraknya lebih jauh berbanding datang ke PEDi Kampung Fikri
• Dapat memenuhi permintaan komuniti setempat yang selalu bertanyakan tentang perkhidmatan SSM disini.
• Mengeratkan hubungan antara staf PEDi dengan para pengunjung yang datang dan juga staf SSM itu sendiri
• Memperkenalkan pengunjung baru kepada PEDi Kampung Fikri dan kemudahan yang ada disini
• Menggalakkan keahlian baru daripada kalangan peserta yang bukan ahli.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula pada jam 10.00 pagi namun seawal jam 9.45 pagi penduduk setempat sudah mula hadir ke PEDi Kg Fikri.
• Komuniti yang hadir telah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengunjungi pasukan kaunter bergerak SSM yang dibuka di ruang cyber hall pusat internet.
• Pelbagai perkhidmatan SSM telah disediakan di kaunter tersebut antaranya ialah pendaftaran Akaun Ezbiz, pendaftaran perniagaan, bayaran kompaun, reser kata laluan Ezbiz, perubahan perniagaan, penambahan cawangan perniagaan, penutupan perniagaan dan khidmat nasihat.
• Antara perkhidmatan yang mendapat sambutan ramai ialah pendaftaran akaun Ezbiz.
• Program tamat seperti yang dijadualkan iaitu pada jam 4.00 petang


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya golongan usahawan untuk mendapatkan perkhidmatan SSM dengan lebih mudah dan pantas.
• Menguar-uarkan kepada komuniti setempat yang baru memulakan perniagaan untuk mendaftar perniagaan mereka kerana banyak bantuan yang mereka boleh memohon jika berdaftar dengan SSM.
• Memperkenalkan PEDi Kampung Fikri dan kemudahan yang disediakan di sini kepada masyarakat luar terutamanya mereka yang bukan penduduk Kampung Fikri.
• Merapatkan hubungan antara staf PEDi dan staf SSM serta komuniti setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :