MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KAMPUNG FIKRI & BANGGOL

Aktiviti terkini |21 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Mengenangkan sudah 2 tahun kita tidak dapat beraya dan bulan Syawal masih belum lagi berakhir, PEDi Kg Fikri telah merancang untuk mengadakan jamuan hari raya sebagai program bulanan pada bulan ini.
• Jamuan hari raya ini telah diadakan pada 21 Mei 2022 dan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.
• Program yang bertempat di PEDi Kg Banggol ini merupakan program yang dianjurkan bersama PEDi Kg Banggol serta MPKK Kg Banggol.
• Jamuan tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 orang tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada pengunjung kedua-dua PEDi, ahli jawatankuasa MPKK dan komuniti sekitar.

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI program bulanan yang perlu diadakan setiap bulan di PEDi.
• Merayakan dan menghangatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengunjung PEDi.
• Sebagai upacara tradisi setiap kali Syawal menjelang.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara staf PEDi dengan para pengunjung yang datang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Jamuan hari raya yang diadakan ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 14.00 petang.
• Hampir 200 orang pengunjung PEDi dan komuniti setempat mengambil peluang menghadiri rumah terbuka raya PEDi ini bagi beramah mesra dan memeriahkan majlis yang dianjurkan.
• Terdapat pelbagai juadah makanan dan kuih muih telah dihidangkan kepada tetamu. Antara menu yang menjadi tumpuan mereka yang hadir ialah mee kari, laksa penang dan makanan bergoreng seperti sosej dan nugget.
• Program jamuan Hari Raya Aidilfitri ini telah disambut baik oleh masyarakat dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan dan memupuk kemesraan antara staf PEDi dengan pengunjung dan komuniti setempat.
• Meneruskan tradisi rumah terbuka dan konsep ziarah yang diadakan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
• Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong antara staf PEDi dalam menganjurkan sesuatu program.
• Memperkenalkan PEDi kepada para pengunjung dan komuniti setempat yang belum pernah hadir ke PEDi.


Nama VIP :
• Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Banggol (MPKK)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :