KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |26 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Klik Dengan Bijak merupakan satu platform untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang panduan keselamatan ketika melayari internet dan risiko-risiko yang mungkin akan dihadapi oleh para pengguna.
• Program ini telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dijalankan oleh semua Pusat Ekonomi Digital diseluruh Malaysia.
• Memandangkan KDB merupakan salah satu KPI yang wajib dilaksanakan oleh PEDi pada setiap tahun, maka PEDi Fikri telah menjadikan KDB sebagai program pada bulan November yang lalu.
• Terdapat 3 topik yang diketengahkan pada kali ini iaitu berkenaan cyber bully,cyber stalking dan cyber grooming Selain penerangan berpandukan ‘slide’, kuiz KDB juga diadakan untuk menguji kefahaman mereka berkenaan topik yang dibincangkan.
• Peserta yang boleh menjawab soalan akan diberikan hadiah saguhati.
• Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada murid sekoah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Memberi peringatan kepada para pelajar untuk sentiasa mengamalkan langkah berhati-hati ketika melayari internet terutama nya melibatkan media sosial
• Memberikan kesedaran berkaitan penggunaan internet dengan lebih beretika dan bertanggungjawab.
• Memenuhi masa senggang peserta pada hari cuti hujung minggu dengan mengikuti aktiviti bermanfaat yang diadakan di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula jam 11.00 pagi dengan peserta dikehendaki mendaftar nama mereka terlebih dahulu.
• Kemudian peserta diberikan penerangan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan Klik Dengan Bijak.
• Video berkenaan setiap topik akan ditayangkan selepas staf selesai memberi penerangan melalui "slide". Tujuan nya supaya peserta mendapat gambaran yang lebih jelas
• Sesi soal jawab diadakan selepas mereka melihat video. Sebanyak 5 soalan ditanyakan untuk setiap topik
• Peserta yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah saguhati
• Seramai 13 orang peserta menyertai aktiviti ini. Mereka terdiri daripada murid-murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dan program selesai jam 12.00 tengah hari.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kefahaman kepada pelajar berkenaan jenayah di alam siber
• Dapat meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap keselamatan dan pengunaan internet secara bijaksana.
• Mengelakkan pelajar daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat di alam siber melalui beberapa langkah pencegahan yang diterangkan oleh staf.
• Memenuhi waktu lapang para peserta di hujung minggu.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :