PROGRAM GEMILANG MERDEKA

Aktiviti terkini |13 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Sesi 1: Menghasilkan Bendera Malaysia - Peserta dikehendaki menghasilkan bendera Malaysia dengan cara mencantumkan kertas-kertas yang telah dicarikkan mengikut warna ke atas kertas mahjong.
• Sesi 2: Kuiz Merdeka - Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri.
• Memupuk sifat kerjasama antara peserta untuk menyiapkan gambaran bendera Malaysia.
• Menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan peserta disamping menguji minda mereka tentang sejarah merdeka
• Memenuhi masa senggang peserta pada hujung minggu dengan mengikuti aktiviti bermanfaat yang diadakan di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula jam 10.00 pagi dengan peserta dikehendaki mendaftar nama mereka terlebih dahulu.
• Kemudian peserta diberikan penerangan akan aktiviti tersebut. Peserta juga dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang peserta di dalam satu kumpulan.
• Untuk sesi 1, setiap kumpulan akan diberikan kertas mahjong kosong dan juga kertas warna yang dicarikkan mengikut warna bendera Malaysia. Mereka dikehendaki membina gambar bendera Malaysia di atas kertas mahjong kosong itu dengan mencantumkan kepingan kertas warna tersebut. Kumpulan yang paling pantas menyiapkan gambar bendera itu dan betul hasil lakaran nya, mereka akan dikira sebagai pemenang.
• Sesi ke 2 pula ialah kuiz merdeka. Peserta dikehendaki menjawab kuiz berkenaan hari kemerdekaan yang merangkumi nama-nama pemimpin, nama para pahlawan, tarikh-tarikh bersejarah dan pelbagai lagi.
• Program selesai jam 12.30 tengah hari.


Kelebihan Aktiviti :
• Menguji kemahiran, pengetahuan dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan bendera Malaysia serta sejarah kemerdekaan.
• Melahirkan rasa sayang akan tanah air di kalangan mereka.
• Memenuhi waktu lapang peserta pada hari minggu.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf dengan para peserta yang mengambil bahagian.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :