BENGKEL MENGISI BANTUAN I-BELIA NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini |19 - 24 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Kerajaan Negeri Terengganu telah memberi inisiatif kepada rakyat dengan bantuan I-Belia 2022 yang dibuka bermula 8 September – 16 Oktober 2022.
• Penduduk sekitar mengambil kesempatan berkunjung ke PEDi Fikri untuk mengisi borang bantuan tersebut sambil dibantu oleh staf.
• Proses mengisi bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.
• Sambutan daripada orang ramai begitu menggalakkan.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri.
• Memudahkan orang ramai untuk mengisi bantuan I-Belia dengan kemudahan komputer, internet dan staf yang bersedia untuk membantu mereka ketika proses mengisi.
• Mengelakkan orang ramai tercicir daripada memohon bantuan ini kerana PEDi ada membuat hebahan berkenaan bengkel ini secara online mahu pun offline.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bantuan boleh mula dimohon pada 18 September namun staf telah menetapkan untuk orang ramai supaya hadir ke PEDi untuk proses mengisi pada tarikh 19 September supaya persiapan boleh dilakukan terlebih dahulu
• Penduduk daripada kampung-kampung berdekatan mula bertandang ke PEDi pada keesokan hari. Staf menetapkan 10 orang peserta untuk diajar dalam satu-satu masa.
• Seramai lebih daripada 20 pemohon menyertai bengkel mengisi bantuan I-Belia ini. Mereka terdiri daripada belia berumur 18 tahun sehingga 39 tahun. Ada juga para ibu bapa yang datang mengisi untuk anak-anak mereka.
• Jika ada permohonan yang bermasalah seperti belum daftar mengundi, no kad pengenalan tiada dalam sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20), pendapatan melebihi syarat dan lain-lain, staf akan memberi penerangan kepada mereka borang apa yang perlu mereka isi dan langkah seterusnya yang mereka perlu lakukan supaya proses permohonan ini dapat dilakukan dengan lancar.
• Bengkel berakhir pada 24 September 2022. Pemohon yang datang selepas itu hendaklah mengisinya sendiri atau boleh mendapatkan bantuan staf di kaunter.


Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan orang ramai untuk mengisi bantuan I-Belia ini.
• Mengelakkan orang ramai tercicir maklumat atau tersalah isi.
• Pemohon yang tidak tahu menggunakan komputer secara tidak langsung dapat mempelajari asas komputer serba sedikit melalui bengkel ini.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf dengan orang ramai yang datang mendapatkan perkhidmatan disini.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :