E-COMMERCE FOR BUSINESS SIRI 2

Aktiviti terkini |14 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Ecommerce For Business Siri 2 sebagai program bulanan bagi bulan April.
• Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
• Program ini merupakan sebuah program yang melibatkan pengunjung PEDi Kampung Fikri.
• Seramai 10 orang peserta yang menyertai program ini dan mereka merupakan komuniti setempat di sini.
• Dalam program ini mengajar tentang cara untuk mendaftar dan berniaga di dalam tiktokshop affiliate dan shopee.
• Antara intipati yang diketengahkan dalam program ini adalah berkenaan bisnes Tiktok dan shopee iaitu cara untuk mendaftar tiktok shop dan tiktok affiliate .

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Dapat membantu para usahawan mendalami cara perniagaan melalui Ecommerce
• Untuk mengetahui asas bisnes dalam Shopee dan Tiktok
• Mengeratkan silaturahim diantara staff PEDi dengan peserta yang hadir.
• Memenuhi masa senggang peserta dengan mengikuti aktiviti bermanfaat yang diadakan di PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan peserta dikehendaki mendaftar nama terlebih dahulu.
• Seramai 10 orang peserta yang menyertai program ini. Mereka terdiri daripada komuniti setempat yang juga merupakan usahawan.
• Setelah semua para peserta hadir, program ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Rakan Digital yang bertindak sebagai pelatih dalam program ini dan pengenalan diri oleh para peserta.
• Program diteruskan dengan sesi penerangan mengenai program ecommerce iaitu mengetahui asas tiktok shop dan diteruskan dengan cara mendaftar Tiktok Shop.
• Sesi soal jawab juga diadakan di antara peserta dan pengajar.
• Program selesai jam 12.30 tengah hari.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat Melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan penduduk setempat sama ada golongan muda mahupun tua.
• Meningkatkan tahap kemahiran usahawan berniaga di dalam e commerce.
• Dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang Tiktokshop dengan usahawan
• Boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam meningkatkan hasil pendapatan.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf PEDi dengan para peserta yang telah hadir.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :