HARI BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti terkini |15 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Hari Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertempat di sini sebagai program bulanan bagi bulan Februari.
• Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program ini merupakan sebuah program yang melibatkan perkhidmatan pasukan kaunter bergerak SSM.
• Seramai 3 orang staff daripada SSM Kuala Terengganu terlibat dengan program ini.
• Kaunter bergerak ini menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan SSM kepada komuniti antaranya pendaftaran perniagaan, pengaktifan akaun E-Zbiz, bayaran kompaun, perubahan perniagaan, penutupan perniagaan dan pelbagai lagi.
• Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Dapat memenuhi permintaan komuniti setempat yang selalu bertanyakan tentang perkhidmatan SSM disini.
• Memberi kemudahan kepada golongan usahawan terutamanya untuk menggunakan servis SSM tanpa perlu pergi ke bandar.
• Mengeratkan hubungan antara staf PEDi dengan para pengunjung yang datang dan juga staff SSM sendiri.
• Memperkenalkan pengunjung baru kepada PEDi Kampung Fikri dan kemudahan yang ada disini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.
• Komuniti yang hadir telah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengunjungi pasukan kaunter bergerak SSM yang dibuka di ruang cyber hall.
• Pelbagai perkhidmatan SSM telah disediakan di kaunter tersebut antaranya ialah pendaftaran perniagaan, pendaftaran Akaun Ezbiz, bayaran kompaun, reset kata laluan Ezbiz, perubahan perniagaan, penutupan perniagaan dan khidmat nasihat.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya golongan usahawan untuk mendapatkan perkhidmatan SSM dengan lebih mudah dan pantas.
• Mengwar-warkan kepada komuniti setempat yang baru memulakan perniagaan untuk mendaftar perniagaan mereka kerana banyak bantuan yang mereka boleh memohon jika berdaftar dengan SSM.
• Memperkenalkan PEDi Kampung Fikri dan kemudahan yang disediakan disini kepada masyarakat luar terutamanya mereka yang bukan penduduk Kampung Fikri
• Merapatkan lagi hubungan antara staf PEDi dan staf SSM serta komuniti setempat.


Nama VIP :
• Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :