KELAS PEMASARAN BERSAMA MARA

Aktiviti terkini |16 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program keusahawanan pertama pada tahun ini yang melibatkan kerjasama PEDi Kampung Fikri bersama pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA).
• Program dijalankan pada 16 Januari 2023 bertempat di PEDi Kampung Fikri. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan selesai pada 1.15 tengah hari.
• Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada usahawan komuniti setempat telah menyertai kelas pemasaran ini.
• Antara intipati yang diketengahkan dalam program ini adalah berkenaan asas bisnes pemasaran, cara memasarkan produk secara digital dan cara meningkatkan hasil jualan.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Untuk melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan penduduk setempat sama ada golongan muda mahupun tua
• Untuk mengetahui asas bisnes tentang Pemasaran dan meningkatkan hasil jualan.
• Dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih erat antara staf PEDi dengan penduduk sekitar dan staff MARA itu sendiri
• Dapat memperkenalkan Pusat Internet serta kemudahan yang ada disini kepada mereka yang tidak pernah datang

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.15 tengah hari.
• Setelah semua para peserta hadir, program ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan oleh pegawai MARA yang bertindak sebagai pelatih dalam program ini dan pengenalan diri oleh para peserta,
• Program diteruskan dengan sesi penerangan mengenai program kursus pemasaran iaitu mengetahui asas bisnes pemasaran dan diteruskan dengan cara memasarkan produk servis secara digital.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang pemasaran dengan usahawan
• Boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam meningkatkan hasil jualan
• Meningkatkan lagi pengetahuan para peserta dalam memasarkan produk dan servis secara digital.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf dan para peserta


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :