BOOMERANG & FLYING STRAW PLANE PROJECT (STEM IOT)

Aktiviti terkini |22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Kampung Fikri telah menjadikan projek STEM IOT iaitu “Boomerang & Flying Straw Plane” sebagai program pilihan pada bulan Julai.
• Program bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.
• Program ini merupakan sebuah program yang melibatkan pengunjung PEDi Kampung Fikri dan kebanyakkan mereka adalah ahli yang berdaftar.
• Seramai 12 orang peserta yang menyertai program ini dan mereka merupakan murid sekolah rendah.
• Program ini bertujuan untuk memupuk bakat dalam bidang penyelidikan dan pembangunann inovasi sains dan matematik (STEM) dan mempelajari kemahiran baru.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Memupuk bakat murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan matematik (STEM)
• Mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek inovasi
• Mengeratkan silaturahim diantara staff PEDi dengan peserta yang hadir.
• Mengalakkan keahlian baru daripada kalangan peserta yang bukan ahli.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula jam 11.00 pagi
• Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah telah menyertai program ini. Peserta yang hadir diberikan taklimat terlebih dahulu. Alatan untuk program telah disediakan oleh pihak PEDi.
• Selesai taklimat, peserta dikehendaki melihat video tutorial menghasilkan boomerang dan straw plane di YouTube dan mereka hendak lah mencipta kedua-dua alat itu mengikut kreativiti masing-masing.
• Pada jam 12.30 tengahari, peserta dikehendaki berada di padang untuk menguji boomerang dan straw plane masing-masing.
• Hadiah kenang-kenangan diberikan kepada kesemua yang terlibat di dalam menjayakan projek ini.
• Program selesai jam 1.00 petang.


Kelebihan Aktiviti :
• Memenuhi waktu lapang para peserta pada hujung minggu.
• Mempelajari kemahiran baru berkaitan STEM
• Meningkatkan idea kreatif dalam sesuatu reka cipta projek
• Boleh menambahkan ilmu pengetahun tentang Pendidikan STEM.
• Merapatkan lagi hubungan antara staf PEDi dengan para peserta yang hadir


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :