HARI BERSAMA KWSP

Aktiviti terkini |19 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Pada bulan ini PEDi Kampung Fikri telah mengadakan program Hari Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di PEDi Kampung Fikri sebagai program bulanan bagi bulan Jun.
• Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.
• Kami telah menjemput pihak KWSP Kuala Terengganu untuk memberikan perkhidmatan “Team Mobile” kepada komuniti disini yang meliputi servis seperti pembayaran I-suri/I-sara, Pendaftaran I-akaun, Cetakan Penyata, Pendaftaran Ahli Baru dan pelbagai lagi.
• Sambutan yang diterima daripada penduduk sekitar adalah sangat menggalakkan.
• Program berakhir pada pukul 2.00 petang.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan servis KWSP tanpa perlu pergi ke bandar di mana jaraknya lebih jauh.
• Mengalakkan keahlian baru daripada kalangan peserta yang bukan ahli.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara staf PEDi dengan para pengunjung yang datang dan juga staf KWSP itu sendiri.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2:00 petang.
• Lebih kurang 60 orang pengunjung dan komuniti setempat mengambil peluang menghadiri Hari Bersama KWSP ini .
• KWSP telah membuka kaunter bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan KWSP seperti cetakan penyata, pengaktifan i-akaun, pendaftaran ahli baru dan sebagainya.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi manfaat kepada komuniti setempat terutamanya yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan KWSP dengan lebih mudah.
• Menjawab persoalan dan juga sebarang kekeliruan para penduduk tentang I-Suri dan KWSP.
• Mengeratkan hubungan dan memupuk jalinan kerjasama antara staf PEDi dengan KWSP.
• Memperkenalkan servis yang ada di PEDi kepada para pengunjung


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :