MAJLIS SAMBUTA HARI RAYA @ PEDI KAMPUNG FIKRI

Aktiviti terkini |12 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Fikri

Ringkasan Aktiviti :
• Memandangkan sudah 2 tahun PEDi Fikri tidak mengadakan majlis sambutan hari raya, dan bulan Syawal pula masih lagi belum berakhir, PEDi Fikri telah berkolaborasi dengan PEDi Banggol untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di disini.
• Majlis ini berlangsung pada 12 Mei 2023 iaitu pada hari Jumaat. Kami telah menjemput komuniti kampung yang kebanyakannya merupakan ahli PEDi untuk hadir ke majlis ini.
• Majlis ini bermula daripada jam 11:00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
• Sambutan daripada tetamu amat lah mengalakkan.
• Lebih kurang seramai 150 orang tetamu yang hadir dalam memeriahkan majlis ini.

Tujuan Aktiviti :
• Sebagai aktiviti bulanan PEDi Kampung Fikri dan memenuhi salah satu KPI yang ditetapkan oleh SKMM
• Sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang merupakan pengunjung setia PEDi Kg Fikri
• Merayakan dan menghangatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pengunjung PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara staf PEDi dengan para pengunjung yang datang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Jamuan bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3:00 petang.
• Lebih kurang 150orang pengunjung dan komuniti setempat mengambil peluang menghadiri jamuan Hari Raya di PEDi.
• Terdapat pelbagai juadah makanan dan kuih muih telah dihidangkan kepada tetamu.
• Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri ini telah disambut baik oleh komuniti dan berjalan lancar.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan dan memupuk kemesraan antara staf PEDi dengan pengunjung dan komuniti setempat.
• Mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara staff PEDi dalam menganjurkan sesuatu program.
• Meneruskan tradisi rumah terbuka dan konsep ziarah yang diadakan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
• Memperkenalkan servis yang ada di PEDi kepada para pengunjung .


Nama VIP :
• JPKK Kampung Fikri Dan AJK Masjid Kg Fikri


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :