Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Kuiz “I Love Rasulullah” Sekolah Rendah

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2016

Kuiz ini diadakan sempena sambutan hari Maulidur Rasul baru-baru ini yang melibatkan pelajar sekolah rendah Kg Fikri. Aktiviti ini merupakan aktiviti pusat internet Kg Fikri untuk bulan Disember 2016. Tujuan program untuk memupuk sifat cintakan Rasulullah dan mengingati kembali sirah Nabi Muhamamd SAW...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Program Pengenalan E-learning & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Kelas E-Learning yang dijalankan di PI1M Fikri dan memberi taklimat contoh-contoh website E-learning yang boleh digunakan oleh murid-murid sekolah untuk perkembangan pendidikan mereka dan taklimat tentang tips menggunakan internet dengan bijak dan selamat...baca selanjutnya

Program Riang Ria Matematik

21 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk menguji kefahaman subjek matematik kanak-kanak dan mendedahkan kepada kanak-kanak cara belajar matematik yang lebih menyeronokkan. Baca selanjutnya

Kelas Konsultasi Produk Mary Kay & Pengenalan Kepada Asas Mekap

20 September 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk pengenalan kepada produk Mary Kay dan asas mekap, belajar tentang jenis kulit dan cara mekap yang bersesuaian, teknik penjagaan wajah yang betul dan..... Baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Kg. Fikri

3 September 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk meraikan pengguna pusat internet satu Malaysia yang terdiri dari komuniti setempat serta mempromosikan perkhidmatan dan keahlian Pi1m kepada penduduk..... Baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Bengkel Asas Komputer Murid Tahap 2 SK Kg. Fikri

9 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk menerapkan pengetahuan asas komputer kepada murid-murid sekolah rendah. Pengetahuan asas tersebut merangkumi pengetahuan tentang persisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Excel.....Baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya 2016 & Klik Dengan Bijak

22 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk mengeratkan silaturahim antara staff Pi1M Kg. Fikri, pelajar sekolah, ibu bapa dan penduduk kampung. Disamping meraikan Aidilfitri dengan penduduk sekitar....Baca selanjutnya

Tayangan Filem Berpendidikan

5 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk mendedahkan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian melalui filem yang ditayangkan. Filem yang ditayangkan adalah filem berpendidikan yang sarat dengan pengajaran hidup....Baca selanjutnya

Program Membuat Poster Menggunakan Power Point

28 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti dijalankan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai cara membuat poster untuk tujuan hebahan sesuatu majlis atau program dan poster untuk promosi sesuatu produk menggunakan perisian asas Microsoft iaitu Microsoft Power Point...Baca selanjutnya

Moist Chocolate Competition

29 April 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini dijalankan pada 29 April 2016 untuk golonga wanita yang berumur 20 tahun ke atas. Aktiviti bermula kira-kira jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira pada 11.00 pagi..... baca selanjutnya

Typing Contest

25 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan menaip ini diadakan pada 25 Mc 2016 dengan golongan sasaran adalah komuniti setempat berumur antara 7 hingga 13 tahun. Aktiviti bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pada 11.30 pagi..... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Untuk Komuniti Setempat

26 Feb 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang contoh penyalahgunaan internet. Aktiviti melibatkan komuniti setempat yang berumur antara 6 hingga 13 tahun..... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Program Pengenalan Komputer Bersama Murid Pra Sekolah

17 Jan 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak mengenai komputer. Aktiviti bermula kira-kira jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari..... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti