Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL KOMPUTER MUSIM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri telah mengadakan Bengkel Komputer sepanjang bulan Disember 2021 ini. Bengkel ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan asas komputer serta pengenalan kepada Microsoft Office kepada mereka. Antara yang diberi penekanan di dalam bengkel tersebut adalah berkenaan Pengenalan kepada Dunia ICT, Pengenalan kepada PEDi Kampung Fikri, Ms Word, Power Point dan juga Excel. Staf telah memberi tunjuk ajar cara dan fungsi-fungsi yang terdapat di Ms Office secara terperinci....baca selanjutnya

BENGKEL MEMBUAT FOLIO BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 5 SMK SAUJANA

Aktiviti Terkini | 13 & 27 November 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri mengadakan Bengkel Membuat Folio khas kepada sekumpulan pelajar tingkatan 5 SMK Saujana untuk membantu mereka menyiapkan kerja kursus folio mereka. Bengkel ini diadakan sebanyak 2 sesi berikutan masa yang tidak mencukupi bagi satu sesi sahaja. Bengkel ini bertujuan membantu pelajar-pelajar tersebut akan teknik yang betul menyiapkan kerja kursus. Aplikasi yang digunakankan adalah Microsoft Office Word. Staf telah memberi tunjuk ajar cara dan fungsi-fungsi yang terdapat di Ms Word secara terperinci. Pada akhir kelas, pelajar-pelajar ini telah berjaya menyiapkan folio mereka dengan jaya nya....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN (SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021

Staf Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah membuat satu kelas usahawan khas untuk belajar cara menjual di shopee. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta secara terperinci cara untuk memasukkan produk di shopee serta cara untuk melengkapkan pesanan pelanggan mereka. Jadi, kelas ini amat berguna kepada peserta kerana staf memberi tunjuk ajar sehingga mereka faham cara untuk menjual di shopee. Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta yang memang usahawan PIK Fikri sebelum ini dan mereka mahu mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui online shop....baca selanjutnya

CARA SEMAK LIPUTAN INTERNET DI KAWASAN SEKITAR

Aktiviti Terkini | 11 September 2021

Staf Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah membuat satu video tutorial cara untuk meyemak liputan internet di sesuatu kawasan menggunakan website / aplikasi iaitu ”JENDELA”. Fungsi JENDELA ini salah satunya untuk menyemak liputan internet di sesuatu kawasan. Jadi, ini amat berguna kepada semua orang kerana kita haruslah mengetahui status liputan internet yang bakal kita gunakan sebelum kita membeli no telefon untuk melanggan sesuatu pakej internet. Tujuan utama video tutorial kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara untuk menyemak liputan internet di sesuatu kawasan kerana tidak ramai yang mengetahui bahawa kita boleh menyemak status liputan internet di kawasan kita....baca selanjutnya

REVIEWING EDUCATIONAL WEBSITE "MATH PLAYGROUND"

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Staf Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah membuat satu facebook ”live” untuk memperkenalkan satu ”Educational Website” iaitu ”Math Playground” yang boleh menarik minat para murid terutama kepada murid pra sekolah sehingga tahun 6 dalam mata pelajaran matematik. Facebook live ini membincangkan cara-cara untuk bermain permainan tersebut serta menilai tahap keberkesanan laman web tersebut. Tujuan utama ”facebook live” kali ini adalah untuk memberi gambaran kepada guru-guru serta ibu bapa tentang kewujudan laman web ini supaya mereka dapat menggunakan laman web ini sebagai alternatif lain bagi pembelajaran matematik kepada murid-murid dan anak-anak mereka. Hal ini diharapkan agar laman web ini dapat menarik minat anak-anak serta murid-murid untuk terus bersemangat untuk belajar terutama dalam keadaan pandemik sekarang....baca selanjutnya

TUTORIAL PENDAFTARAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)

Aktiviti Terkini | 15 & 18 Julai 2021

Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah membuat satu video tutorial berkenaan dengan cara-cara untuk pendaftaran SPP memandangkan KPM telah membuka permohonan secara one-off bagi lepasan ijazah yang berminat untuk menjadi guru. Tujuan utama adalah untuk membantu calon-calon yang ingin memohon untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang langkah-langkah permohonan SPP ini. Hal ini supaya permohonan mereka berjaya diterima oleh pihak SPP dan layak untuk ke saringan temuduga. ...baca selanjutnya

TUTORIAL PENDAFTARAN JANJI TEMU DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2021

Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah membuat satu video tutorial berkenaan dengan cara-cara untuk pendaftaran janji temu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tujuan utama adalah untuk membantu komunti untuk mereka mendapatkan janji temu di JPN bagi urusan-urusan tertentu. Hal ini disebabkan oleh JPN tidak menerima sebarang urusan secara ”walk in” pada masa sekarang....baca selanjutnya

PENDAFTARAN BARCODE MYSEJAHTERA UNTUK KEDIAMAN & KEDAI

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2021

Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri telah mengadakan kempen mendaftar barcode MySejahtera untuk penduduk sekitar sebelum hari raya baru-baru ini. Tujuan utama adalah untuk memudahkan tuan rumah sekiranya rumah mereka dikunjungi rakan-rakan dan saudara mara terdekat ketika hari raya. Dalam masa yang sama, mereka yang ingin mendaftar untuk kedai masing-masing juga turut mengambil kesempatan yang ada berkunjung ke sini sebelum pusat internet mula ditutup untuk cuti hari raya....baca selanjutnya

KONGSI REZEKI RAMADHAN 2021

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

PIK Kg Fikri telah menganjurkan satu program bersempena dengan bulan ramadhan iaitu “Kongsi Rezeki Ramadhan 2021”. Program ini bertujuan untuk membantu penduduk kampung yang kurang bernasib baik. PIK Kg Fikri berkongsi rezeki dalam bentuk barangan dapur seperti beras, tepung gandum, gula dan sebagainya kepada 5 keluarga yang terpilih. Keluarga yang terpilih itu hasil perbincangan bersama Penghulu Kampung Fikri. Hasil daripada program ini juga, kami sebagai staf di PIK Kg Fikri dapat lebih mengenali penduduk sekitar Kg Fikri serta beramah mesra bersama mereka. Gambar-gambar semasa program dijalankan telah dimuat naik di Facebook page dan Facebook PIK sejurus selepas program dijalankan. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ “CELIK IT”

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

PIK Kg Fikri telah menganjurkan satu pertandingan kuiz “Celik IT” dikalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sebagai program bulan March 2021. Program ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan ICT para peserta. Para peserta harus menjawab soalan-soalan berkaitan ICT di dalam google form yang disediakan oleh PIK Fikri. Tayangan video berkaitan ICT ditayangkan sebelum para peserta menjawab soalan tersebut bagi memudahkan lagi mereka menjawab soalan yang berkaitan. Program yang dianjurkan secara tertutup dan secara santai ini telah disertai oleh sepuluh orang kanak-kanak daripada Kg. Fikri kerana penyertaan haruslah tidak melebihi 10 orang pada ketika ini. Gambar-gambar semasa program dijalankan telah dimuat naik di Facebook page dan Facebook PIK sejurus selepas program dijalankan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER “ TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN”

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021

PIK Kg Fikri telah menganjurkan satu pertandingan mewarna poster “Terima Kasih Barisan Hadapan” dikalangan kanak-kanak berusia 12 tahun sebagai program bulan Februari 2021. Program ini dilihat bertepatan dengan situasi semasa pandemik COVID-19 kerana bertujuan melahirkan rasa berterima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan di kalangan kanak-kanak...baca selanjutnya

TUTORIAL ONLINE PENGGUNAAN GOOGLE MEET

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

PIK Kg Fikri telah membuat tutorial online mengenai penggunaan Google Meet sebagai program bulan Januari 2021...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti