Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


TUTORIAL MASUKKAN TANDATANGAN DI MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2022

Tandatangan elektronik ialah representasi tanda tangan tulisan tangan, atau simbol seseorang dalam bentuk imej. Tandatangan elektronik adalah imej yang diletakkan pada dokumen.Dalam video ini, ia menjelaskan cara-cara untuk membuat tandatangan dan masukkan tandatangan tersebut ke dalam Microsoft Word....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 November 2022

Klik Dengan Bijak merupakan satu platform untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang panduan keselamatan ketika melayari internet dan risiko-risiko yang mungkin akan dihadapi oleh para pengguna...baca selanjutnya

D.I.Y TOPENG MUKA KREATIF

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022

Peserta dikehendaki menghasilkan D.I.Y topeng muka melalui tutorial di dalam Youtube. Alatan untuk membuat topeng muka disediakan oleh staf dan peserta perlu membawa alat tulis sahaja. Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada murid sekoah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini....baca selanjutnya

BENGKEL MENGISI BANTUAN I-BELIA NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 19 - 24 September 2022

Kerajaan Negeri Terengganu telah memberi inisiatif kepada rakyat dengan bantuan I-Belia 2022 yang dibuka bermula 8 September – 16 Oktober 2022. Penduduk sekitar mengambil kesempatan berkunjung ke PEDi Fikri untuk mengisi borang bantuan tersebut sambil dibantu oleh staf. Proses mengisi bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Sambutan daripada orang ramai begitu menggalakkan....baca selanjutnya

PROGRAM GEMILANG MERDEKA

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

Sesi 1: Menghasilkan Bendera Malaysia - Peserta dikehendaki menghasilkan bendera Malaysia dengan cara mencantumkan kertas-kertas yang telah dicarikkan mengikut warna ke atas kertas mahjong. Sesi 2: Kuiz Merdeka - Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini....baca selanjutnya

MENCIPTA ORIGAMI KREATIF

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022

Peserta dikehendaki menghasilkan origami melalui tutorial di dalam youtube. Alatan untuk membuat origami disediakan oleh staf. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti ini....baca selanjutnya

KURSUS PEMERKASAAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Jun 2022

Setelah setahun lebih MCMC tidak dapat mengadakan kursus bersama staf PEDi akibat pandemik yang melanda, maka pada 13 & 14 Jun baru-baru ini, MCMC telah menganjurkan program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang melibatkan 66 buah PEDi di seluruh negeri Terengganu. Kursus berlangsung selama 2 hari dan bertempat di Hotel Seri Malaysia. Kursus ini lebih menumpukan kepada program usahawan yang perlu dijalankan oleh staf dan juga sedikit pencerahan berkenaan KPI terkini PEDi....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KAMPUNG FIKRI & BANGGOL

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Mengenangkan sudah 2 tahun kita tidak dapat beraya dan bulan Syawal masih belum lagi berakhir, PEDi Kg Fikri telah merancang untuk mengadakan jamuan hari raya sebagai program bulanan pada bulan ini. Jamuan hari raya ini telah diadakan pada 21 Mei 2022 dan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Program yang bertempat di PEDi Kg Banggol ini merupakan program yang dianjurkan bersama PEDi Kg Banggol serta MPKK Kg Banggol. Jamuan tersebut telah dihadiri oleh hampir 200 orang tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada pengunjung kedua-dua PEDi, ahli jawatankuasa MPKK dan komuniti sekitar....baca selanjutnya

MEMBUAT KAD RAYA DIGITAL MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 24 April 2022

Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah berkolaborasi dengan pihak Sk Kg Fikri untuk mengadakan program membuat kad raya menggunakan Aplikasi Canva. Program ini bermula seawal jam 10.45 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Program ini disertai oleh semua murid tahap 2 iaitu daripada tahun 4 sehingga tahun 6. Seramai 55 orang murid telah menyertai program ini dan dipantau oleh beberapa orang guru dari Sk Kg Fikri. Dalam program ini, staf telah memberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat kad raya menggunakan aplikasi Canva...baca selanjutnya

HARI BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2022

Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Hari Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di PEDi Kg Fikri sebagai program bulanan bagi bulan Mac. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program yang kali pertama dianjurkan oleh PEDi Kg Fikri dengan kerjasama pihak SSM Kuala Terengganu ini merupakan sebuah program yang melibatkan perkhidmatan pasukan kaunter bergerak SSM. Seramai 3 orang staf dari pasukan kaunter bergerak SSM telah terlibat sepanjang program ini berlangsung. Dalam program ini pasukan kaunter bergerak SSM telah membuka kaunter di PEDi Kg Fikri bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan SSM kepada komuniti setempat terutama golongan usahawan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KOTAK BERACUN

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

PEDi Kg Fikri telah menganjurkan satu pertandingan yang dinamakan Kotak Beracun sebagai program bulan Februari 2022. Permainan ini dimainkan dengan cara para peserta perlu memilih sekeping kertas di dalam satu bekas dan harus membuat aksi yang tertera di dalam kertas tersebut. Kemudian, ahli kumpulan perlu meneka apakah aksi yang cuba ditunjukkan oleh rakan mereka itu. Seperti contoh, peserta mendapat kertas “Menari”. Jadi, peserta itu perlu membuat aksi menari suapaya ahli kumpulan mereka dapat meneka perbuatan mereka itu. Program ini bertujuan untuk melatih para peserta berinteraksi di khalayak ramai serta membuang sifat malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Program yang dianjurkan secara tertutup dan secara santai ini telah disertai oleh 12 orang. Gambar-gambar semasa program dijalankan telah dimuat naik di Facebook page dan Facebook PIK sejurus selepas program dijalankan....baca selanjutnya

CARA NAK ELAK AKAUN FACEBOOK DARIPADA DI ‘TAG” GAMBAR ATAU VIDEO LUCAH

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2022

Memandangkan isu akaun Facebook pengguna menjadi mangsa ‘tagging’ gambar-gambar dan video lucah makin menjadi-jadi, kami telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video tutorial ini bagi membantu mereka yang menjadi mangsa dan juga sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna yang lain. Langkah demi langkah ditunjukkan di dalam video ini agar pengguna dapat memahami dan mengikuti apa yang diajar dengan mudah....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti