Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MERDEKA CENTRE SURVEY

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2023

Pada 30 Ogos 2023, pihak Merdeka Centre telah mengajurkan sebuah kajiselidik kepada pengguna dan komuniti PEDi Kg Fikri untuk mengumpulkan maklum balas dan menilai impak mereka terhadap pengguna PEDi...baca selanjutnya

BOOMERANG & FLYING STRAW PLANE PROJECT (STEM IOT)

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2023

PEDi Kampung Fikri telah menjadikan projek STEM IOT iaitu “Boomerang & Flying Straw Plane” sebagai program pilihan pada bulan Julai...baca selanjutnya

HARI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2023

Pada bulan ini PEDi Kampung Fikri telah mengadakan program Hari Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di PEDi Kampung Fikri sebagai program bulanan bagi bulan Jun...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTA HARI RAYA @ PEDI KAMPUNG FIKRI

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Memandangkan sudah 2 tahun PEDi Fikri tidak mengadakan majlis sambutan hari raya, dan bulan Syawal pula masih lagi belum berakhir, PEDi Fikri telah berkolaborasi dengan PEDi Banggol untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertempat di disini...baca selanjutnya

E-COMMERCE FOR BUSINESS SIRI 2

Aktiviti Terkini | 14 April 2023

Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Ecommerce For Business Siri 2 sebagai program bulanan bagi bulan April. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari...baca selanjutnya

MATHEMATIC MIND CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Mathematic Mind Challenge sebagai program bulanan bagi bulan March...baca selanjutnya

HARI BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2023

Pada bulan ini PEDi Kg Fikri telah mengadakan program Hari Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertempat di sini sebagai program bulanan bagi bulan Februari...baca selanjutnya

KELAS PEMASARAN BERSAMA MARA

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2023

Program ini merupakan program keusahawanan pertama pada tahun ini yang melibatkan kerjasama PEDi Kampung Fikri bersama pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA)...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti